σʋя αииιʌɛяƨαяʏ :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces)




Kemusykilan mengenai rawatan gigi..

Adakah umat Islam boleh mengunakan rawatan pendakap gigi untuk meluruskan gigi bagi tujuan untuk kecantikan?

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Riwayat Thabarani)
Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada lelaki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.

Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, iaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, iaitu seperti tersebut dalam hadisnya:

“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut ‘al-Falaj’, iaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.

Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style’ mereka kepada merapatkan gigi menggunakan ‘braces’ yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Manakala jika ia dilakukan bagi inidividu yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus.

Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita juga dapat mengetahui mengenai hukum pembedahan kecantikan (plastic surgery) seperti yang terkenal sekarang yang hanya bertujuan memenuhi kepuasan diri serta nafsu dengan meniru budaya Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai orang yang mengorbankan wang beribu-ribu ringgit untuk mengubah bentuk hidung, payudara, kulit dan lain-lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyeksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah S.W.T tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show’ dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : “Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran” (Al-Halal wal Haram Fil Islam )
Imam Nawawi menegaskan dalam menjelaskan hadith yang bermaksud,

“perempuan-perempuan yang menjarangkan gigi dengan tujuan kelihatan cantik”. Menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan kecantikan semata-mata.Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya maka diharuskan. (Syarah Sahih Muslim-Kitab al-Libas Wa-al-Zinah ).
Jelaslah bahawa pendakap gigi (braces) tidak termasuk dalam mengubah gigi yang dilaknat Allah dan Rasulnya, kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah secara sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi.Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

Nabi S.A.W bersabda :


لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-


( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan di dalam hadith di atas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :


تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.




No comments:

Post a Comment